Malaysia berpeluang besar mengutip tambahan mata yang lumayan dan melonjak tinggi dalam carta ranking FIFA pada bulan November ini.
Ranking FIFA Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-118 dunia berdasarkan kemas kini bertarikh 17 Oktober lalu, satu lonjakan sebanyak 5 anak tangga dari kedudukan 123 dunia lalu.
Momentum ini diharapkan akan berterusan pada perlawanan seterusnya bertemu Nepal pada 18 November ini dalam aksi ke-4 pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 di Bukit Jalil.
Sekiranya Harimau Malaya berjaya mengalahkan Nepal buat kali kedua nanti, tambahan sebanyak +6.88 mata bakal jadi milik Malaysia sekaligus mengumpul 1168.41 mata secara keseluruhan.
Malah, Malaysia juga diramal akan melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-116 maksimum, memintas dua buah negara iaitu The Gambia dan Namibia yang berada hampir dengan ranking skuad kebangsaan.
Manakala jurang dengan Kazakhstan yang berada di tangga ke-115 dunia bakal menjadi semakin tipis iaitu sekitar 0.07 mata sahaja sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Nepal nanti.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah kiraan kasar berdasarkan kedudukan masa-nyata pasukan kebangsaan dan sebarang tertakluk kepada keputusan negara-negara lain yang tak jauh dengan Malaysia.
Perlawanan Nepal vs Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana venue asal di negara tersebut tak menepati piawaian AFC dengan sepak mula aksi tepat jam 9 malam, 18 November nanti.