Ubaidullah Shamsul: Tak Mustahil Terengganu Ke Separuh Akhir Piala FA
MakanBola
TERENGGANU FC

Pertahanan kental Terengganu, Ubaidullah Shamsul menegaskan bahawa tidak mustahil buat pasukan beliau layak ke peringkat separuh akhir Piala FA musim ini.

Beliau menyuarakan perkara tersebut selepas pasukan Terengganu tumpas 1-4 dalam suku akhir pertama Piala FA musim ini dengan kelab Kuching City.

Pasukan Penyu perlu menjaringkan lebih 3 gol untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dan memastikan The Cats tidak menjaringkan gol.

Sementara itu, Kuching City dijangka mengekalkan rentak cemerlang apabila mendapat tonik tambahan menerusi sokongan penyokong di halaman sendiri.

Menurut Ubaidullah, Beliau yakin pasukan Terengganu mampu layak ke peringkat separuh akhir Piala FA musim ini dan beraksi di tempat lawan merupakan atmosfera disukai oleh para pemain.

“Tekanan sentiasa ada jadi kami perlu mengawal cara untuk mengadaptasi perlawanan pada esok hari dan kami mahukan kemenangan serta melayakkan diri ke peringkat separuh akhir adalah tidak mustahil.”

“Ini adalah salah satu atmosfera yang disukai oleh pemain-pemain bola sepak bermain di tempat lawan atau sendiri dengan kehadiran ribuan penyokong tuan rumah memberikan semangat buat pasukan pelawat seperti kami untuk mencatatkan kemenangan,” kata Ubaidullah Shamsul ketika di temubual oleh Astro Arena.

Terengganu bakal bertemu pasukan Kuching City dalam aksi kedua suku akhir Piala FA musim ini di Stadium Negeri Kuching pada Selasa.