Tugas Syihan Hazmi Cipta Gol Oscar Arribas
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery dedah peranan Syihan Hazmi di sebalik gol Oscar Arribas dalam aksi bertemu Brunei DPMM tempoh hari.

Syihan Hazmi telah melakukan satu bantuan jaringan yang cantik untuk Oscar Arribas dari kawasan kotak penalti beliau sehingga hampir kawasan kotak penalti lawan.

Hantaran jauh tepat itu berjaya diambil oleh Oscar Arribas dan beliau mengelecek beberapa pemain pihak lawan sebelum menjaringkan gol.

Menurut Rezal Zambery, Syihan Hazmi berjaya mengesan kedudukan Oscar Arribas semasa mahu melakukan hantaran dan ketepatan sepakan ke Oscar Arribas sangat baik.

“Semasa Syihan menangkap bola beliau berjaya mengesan kedudukan Oscar Arribas dan beliau turut mengenal pasti kemungkinan kelebihan sekiranya melakukan hantaran terus kepada pemain tersebut.”

“Seterusnya, ketepatan hantaran Syihan Hazmi kearah belakang pertahanan Brunei DPMM sangat baik sehingga membolehkan Oscar Arribas mendapatkan bola,” kata Rezal Zambery ketika melakukan analisis bantuan jaringan Syihan Hazmi kepada Oscar Arribas bersama Astro Arena.

JDT bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Super musim ini dengan menentang pasukan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 31 Oktober ini.