Bekas penyerang berprolifik kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) risau melihat masalah sama membelenggu kem pasukan Kuching City.
Beliau menyuarakan perkara tersebut selepas aksi pasukan Kuching City menentang pasukan Terengganu dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA musim ini pada Selasa.
Perlawanan tersebut menyaksikan pasukan tuan rumah, Kuching City tewas 1-2 kepada Terengganu namun pasukan The Cats mara ke peringkat separuh akhir Piala FA berdasarkan keputusan agregat 5-3.
Menurut Norshahrul, terdapat kegusaran oleh ketua jurulatih Kuching City dan perkara ini tidak baik untuk pasukan The Cats mengharungi perlawanan seterusnya.
“Sedikit kerisauan nampak di wajah ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin apabila pemain-pemain The Cats melepaskan gol pada 15 minit awal dan 15 minit terakhir aksi. Ketika kita bermain jurulatih akan memberitahu bahawa supaya tidak melepaskan gol di awal minit perlawanan dan pada penghujung aksi.”
“Perkara ini sama seperti ketika Kuching City menentang pasukan Penang tempoh hari selepas jaringan Kipre di awal aksi dan ini tidak baik untuk pasukan The Cats meneruskan aksi nanti,” kata Norshahrul Idlan Talaha (Matyo) ketika analisis selepas perlawanan bersama Astro Arena.
Kuching City bakal berdepan cabaran pasukan JDT dalam aksi separuh akhir Piala FA musim ini selepas Harimau Selatan menumpaskan Harimau Kumbang dengan keputusan agregat 5-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.