Malang terus menimpa Liverpool apabila tumbang di tangan Crystal Palace dan tersingkir daripada saingan Carabao Cup.
Kekalahan memalukan 0-3 di Anfield ini menambah tekanan yang hebat buat Liverpool setelah tumpas 5 daripada 6 aksi terakhir tatkala Crystal Palace buntu memburu kemenangan dalam 4 perlawanan lalu.
Andy Robertson mengetuai barisan pemain Liverpool selain kelibat Joe Gomez dan Alex Mac Allister bersama manakala Eddie Nketiah dan Ismaila Sarr memimpin serangan Crystal Palace.
Jaringan pembukaan akhirnya berjaya dihasilkan oleh Crystal Palace pada minit ke-41 menerusi rembatan dari dalam kotak penalti oleh Ismaila Sarr yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Freddie Woodman.
4 minit berselang, Ismaila Sarr sekali lagi menjadi hero untuk Crystal Palace dengan gol kedua selepas menerima hantaran jauh oleh Yeremy Pino sebelum meletakkan pelawat selesa di hadapan 2-0.
Usaha Liverpool untuk mencari jaringan sedikit terganggu di babak kedua selepas pemain gantian, Amara Nallo menerima kad merah akibat menafikan peluang lawan menjaringkan gol pada minit ke-79.
Yeremy Pino melengkapkan kemenangan bergaya 3-0 buat pelawat selepas melepaskan satu rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh Freddie Woodman buat kali ketiga.
Aksi di Anfield tamat dengan keputusan 3-0 memihak Crystal Palace sekaligus membawa pasukan kendalian Oliver Glasner mara ke suku akhir Carabao Cup dan membuatkan Liverpool hampa.