Dua Tugas Besar Menanti Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Dua tugas besar menanti pasukan kebangsaan Harimau Malaya pada kempen Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang untuk mengungguli tangga teratas Kumpulan F selepas Hari Perlawanan 4 dengan 12 mata hasil rekod kemenangan bersih dalam empat perlawanan.

Malaysia kini terpisah tiga mata dengan pencabar terhebat, Vietnam tatkala skuad kebangsaan masih berbaki dua aksi untuk menempah tiket ke pentas Piala Asia 2027.

Harimau Malaya bakal menentang Nepal bagi aksi kelima kumpulan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 November 2025 jam 9.00 malam dengan Vietnam bakal berdepan pasukan ke-185 dunia, Laos.

Aksi penentuan bagi slot ke Arab Saudi bakal ditentukan pada Hari Perlawanan 6 sekiranya kemenangan memihak buat Malaysia dan Vietnam.

Dua pasukan gergasi Asia Tenggara itu bakal bertemu pada perlawanan terakhi kumpulan, 31 Mac 2026 di gelanggang Bintang Pahlawan Emas.

Harimau Malaya memiliki rekod baik bertemu Nepal kendalian Matt Ross selepas menang dengan keputusan 2-0 pada aksi pertama kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Mac lalu. 

Malaysia kini menduduki tangga ke-118 dunia, naik lima tangga berbanding kemas kini terdahulu (123 dunia) dan menjadi pasukan kedua terbaik selepas Thailand dan Vietnam.