Live: Terengganu vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Liga Super
MakanBola
Che Haniff/MakanBola

Tonton aksi Terengganu vs JDT dalam saingan Liga Super pada Jumaat.

Perlawanan tumpuan ramai Liga Super bagj minggu ke-9 kali ini akan menemukan Terengganu vs JDT dengan tuan rumah dijangka berdepan tugas mencabar melayani kunjungan juara bertahan ini.

JDT terbang ke Gong Badak dengan membawa rekod 9 aksi tanpa kalah selain mencetak 15 jaringan dalam 3 perlawanan terakhir sekaligus membuktikan kredibiliti anak didik Xisco Munoz.

Lain pula kisah buat Terengganu yang baru sahaja tersingkir di peringkat suku akhir Piala FA beberapa hari lalu meskipun meraih kemenangan ke atas Kuching City dalam perlawanan timbal balik kedua.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan juga menyaksikan JDT mendominasi dengan 26 kemenangan dalam 35 perlawanan termasuklah dalam aksi terakhir yang berlangsung 1 Februari lalu.

Kesebelasan Utama Terengganu vs JDT

Info Siaran Langsung Terengganu vs JDT

Tarikh: 31 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.