Tular Dokumen Didakwa Sijil Lahir Datuk Facundo Garces
MakanBola
Malaysia NT

Dokumen yang didakwa sijil lahir datuk pemain pertahanan Malaysia, Facundo Garces tular di media sosial.

Portal Capital de Noticias melaporkan mereka mendakwa telah mendapatkan dokumen sijil lahir sebenar datuk bek tengah berusia 25 tahun itu.

Mengikut dokumen tersebut, moyang dan datuk Garces merupakan warga Argentina. Ini berdasarkan sijil lahir datuknya yang didakwa diambil dari Arkib Negara Argentina.

Dokumen sama turut menyatakan datuk Garces, Carlos Rogelio Fernandez dilahirkan pada 29 Mei 1930 di Santa Fe, Argentina.

Portal Capital del Noticias turut memaklumkan berdasarkan dapatan mereka, alamat jalan yang dinyatakan dalam dokumen sijil berkenaan sudah ada pada 1930-an.

Ini kerana mereka mendakwa jalan-jalan di utara Salvador del Carril, Santa Fe pada ketika itu tidak memiliki nama.

Justeru, jalan-jalan ini dikenali dengan nombor termasuk alamat yang didakwa tempat datuk Garces dilahirkan.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan secara rasmi sama ada sijil kelahiran tular ini benar-benar milik datuk bekas pemain pertahanan Colon itu atau tidak.