Ranking Pertandingan Kelab AFC terbaru menyaksikan Kemboja memintas kedudukan Indonesia ke tangga ke-10.
Ini berdasarkan ranking terbaru pertandingan tersebut yang dikongsikan Footy Rankings di X baru-baru ini.
Perubahan ini menyaksikan Kemboja di tangga ke-10 dengan markah 21.850. Indonesia pula di tangga ke-11 dengan 21.549 mata.
Perubahan ini berlaku dua kelab Kemboja, Svay Rieng FC dan Phnom Penh Crown FC menunjukkan prestasi baik dalam peringkat kumpulan saingan Liga Cabaran AFC (ACGL).
Svay Rieng sudah meraih dua kemenangan dalam Kumpulan D. Phnom Penh Crown pula kekal kebal dalam Kumpulan E selepas merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri.
Ini termasuk keputusan 1-1 yang dicapai dengan kelab Indonesia, Dewa United baru-baru ini. Kedudukan ke-10 ranking AFC MA cukup penting kerana ini slot terakhir yang menawarkan kelayakan ke saingan ACL2.
Negara yang menduduki ranking keenam hingga ke-10 bukan saja mendapat pasukan yang layak secara merit ke ACL2. Malah, mereka turut mendapat satu slot ACGL buat naib juara liga..
Indonesia masih berpeluang memintas Kemboja dengan syarat dua wakil mereka di Asia tampil cemerlang dalam baki aksi mereka dalam ACL2 dan ACGL.
Ini ditambah dengan peratusan kemungkinan Indonesia kekal dalam kedudukan 10 teratas ranking AFC MA ialah 81%.
Cabaran Indonesia di peringkat Asia kali ini diterajui Persib Bandung dan Dewa United. Persib beraksi dalam ACL2 dengan Dewa United (ACGL).