Kem pemain sayap Harimau Malaya, Imanol Machuca percaya semuanya akan berjalan dengan baik.
Komen tersebut dikongsikan Sabado Velez berhubung status rayuan beliau dan enam lagi pemain negara serta FAM berhubung hukuman FIFA.
Sabado Velez memaklumkan orang-orang yang rapat dengan pemain Velez Sarsfield itu bersikap optimistik terhadap peluang mereka.
“Semuanya akan berjalan dengan baik,” kata mereka menerusi komen yang dikongsikannya di Instagram.
FAM dan tujuh pemain negara termasuk Machuca kini menunggu status rayuan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Sebelum ini, peguam sukan yang mewakili FAM, Serge Vittoz memaklumkan keputusan rayuan bakal diketahui pada 30 Oktober lalu.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada keputusan FIFA berhubung rayuan yang dikemukakan.
Kini, Sabado Velez memaklumkan keputusan rayuan FAM dan tujuh pemain negara dijangka diketahui pada 3 atau 4 November ini.