Selangor merakamkan kemenangan tipis ke atas Sabah dalam perlawanan Liga Super 2025-2026 pada Sabtu.
Kebangkitan 2-1 berjaya direkodkan oleh Selangor selepas Sabah berjaya mendahului di awal permainan untuk Sang Gergasi Merah membawa pulang 3 mata berharga dari Likas.
Chrigor Moraes, Faisal Halim serta Alvin Fortes jadi taruhan Selangor untuk memburu jaringan tatkala Dominic Tan pula mengetuai benteng pertahanan dan juga kesebelasan utama Sabah.
Jaringan pembukaan berjaya dihasilkan oleh Fergus Tierney untuk meletakkan Sabah di hadapan seawal minit ke-9 aksi sebelum Alvin Fortes menyamakan kedudukan 1-1 di lewat babak kedua.
Faisal Halim muncul wira Selangor dengan gol kemenangan pada minit ke-59 setelah mudah menyempurnakan peluang terhidang bagi menembusi gawang Sabah yang dikawal oleh Damien Lim.
Aksi di Stadium Likas berakhir dengan keputusan 2-1 memihak Selangor.