Syahmi Safari: Selepas 414 Hari, Alhamdulillah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari melafazkan rasa syukur kepada Ilahi dapat beraksi semula di atas padang.

Sebelum ini, bekas pemain pertahanan Selangor FC itu terpaksa melupakan baki musim 2024/25 akibat kecederaan serius ketika menentang Penang FC.

Kecederaan itu dialami apabila bek kiri kebangsaan, Adib Ra’op melakukan terjahan keras ke atas Syahmi. Susulan itu, bek kanan berusia 27 tahun itu terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama.

Ini termasuk menjalani pembedahan di Valencia, Sepanyol. Kos pembedahan Syahmi ditanggung sepenuhnya oleh pengurusan Harimau Selatan.

Selepas berehat panjang, kelibat beliau mula dilihat di pusat latihan JDT untuk aktiviti latihan ringan pada Mei lalu.

Kini, Syahmi kembali beraksi sebagai pemain gantian untuk skuad JDT II. Beliau beraksi dalam aksi Liga A1 Semi-Pro antara JDT II dan Armed Forces FC.

Syahmi masuk menggantikan Fakrul Haikal Razali pada minit ke-58. Kemasukan Syahmi membantu kebangkitan JDT II sebelum meraih keputusan 2-2 pada 1 November lalu.

573129043 18372641833153016 8003608231180314310 n Syahmi Safari: Selepas 414 Hari, Alhamdulillah

Beliau kemudiannya melafazkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat kembali beraksi di atas padang. “Selepas 414 hari, alhamdulillah,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.

Kehadiran semula Syahmi dijangka memberi pilihan tambahan kepada pengendali JDT, Xisco Munoz di bahagian pertahanan kanan.