Bekas Import Kelantan Tembak Orang?
MakanBola
Kelantan FA

Malaysia dikejutkan dengan berita melibatkan bekas pemain Kelantan yang dilaporkan menembak orang baru-baru ini.

Berita mengejutkan ini dilaporkan sebuah akhbar tempatan yang memaklumkan bahawa seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia akibat ditembak Sungai Golok pada Sabtu.

”Suspek kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Narathiwat, malam tadi adalah bekas pemain import bola sepak Kelantan, kata Ketua Polis negeri Datuk Mohd Yusoff Mamat,” lapor Bernama.

Siasatan dalaman yang telah dijalankan pihak polis Kelantan mendapati identiti mangsa yang maut tersebut dikenal pasti sebagai Mohd Fuad Fahmi Ghazali yang berusia 33 tahun.

Walau bagaimanapun, identiti sebenar suspek kejadian tidak didedahkan oleh pihak polis melainkan beliau pernah beraksi bersama pasukan Kelantan selaku pemain import satu ketika dahulu.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati ramai warga maya terkejut selepas mengetahu insiden ini, sementara pelbagai spekulasi mula tersebar mengenai identiti individu terbabit.