Aksi Sabah FC menentang Selangor FC di Stadium Likas menerajui kehadiran aksi Liga Super minggu kesembilan.
Aksi yang berlangsung pada1 November lalu itu merekodkan kehadiran 5,154 orang. Sabah terus kempunan meraih kemenangan sulung dalam liga di hadapan penyokong mereka.
Gol Alvin Fortes dan Faisal Halim memastikan anak buah Jean-Paul de Marigny terlepas tiga mata di Stadium Likas.
Aksi Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) merekodkan kehadiran kedua tertinggi iaitu 3,871 orang.
Hatrik Jairo da Silva membantu Harimau Selatan meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Peteh.
2,100 penyokong di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah menjadi azimat berharga buat Brunei DPMM FC.
Ini kerana sokongan padu penyokong membantu pasukan itu mengikat Negeri Sembilan FC 2-2 dalam aksi pada 2 November lalu.
Dua aksi merekodkan kehadiran melebihi 1,000 orang iaitu aksi Penang FC-Imigresen FC dan aksi KL City FC-Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).
Aksi Penang-Imigresen merekodkan kehadiran 1,193 orang penyokong dengan aksi KL City-Kelantan TRW pula menyaksikan kehadiran 1,182 orang.
Penang dan KL City mengalami nasib berbeza sebagai tuan rumah. Penang kecundang 1-0 di tangan Imigresen dengan KL City ceria menewaskan Kelantan TRW 2-1.
Satu aksi merekodkan kehadiran tiga angka ialah aksi PDRM FC-Kuching City FC di Stadium Selayang. Aksi ini merekodkan kehadiran 425 orang.
Meskipun beraksi sebagai pelawat, itu bukan penghalang buat Kuching City membelasah The Cops 5-0.
Liga Super bagi memberi ruang kepada aksi separuh akhir pertama Piala FA yang akan berlangsung pada 8 dan 9 November.