Malaysia Jumpa Indonesia Disember Ini
UltraSukan
Malaysia NT

Hasrat untuk melihat pertemuan antara Malaysia menentang Indonesia bakal berlangsung pada bulan Disember ini.

Perlawanan ini melibatkan skuad futsal Harimau Malaya B-16 selepas diundi bersama tiga negara termasuklah Sang Garuda.

Berdasarkan undian uang dijalankan oleh tuan rumah, Thailand, Malaysia B-16 diundi bersama tiga buah negara – Myanmar, Kemboja dan musuh tradisi, Indonesia.

Kejohanan yang berlangsung di Stadium Gimnasium Nonthaburi, Bangkok itu menyaksikan Malaysia bakal membuka tirai saingan menentang Myanmar pada Selasa, 23 Disember 2025 jam 4.30 petang disusuli aksi bertemu Kemboja pada Rabu, 24 Disember 2025 pada waktu sama.

Ujian paling getir skuad futsal Harimau Malaya B-16 adalah menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan, 25 Disember 2025 jam 2.15 petang.

Sebelum ini, pengendali pasukan futsal Harimau Malaya, Rakphol Sainetngam berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain muda negara yang disaring pada Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya.

“Saya amat gembira dengan penganjuran kejohanan ini.

“Kita perlu berterima kasih kepada FAM atas inisiatif ini yang dapat membantu untuk melahirkan lebih ramai pelapis negara.

“Kita boleh lihat potensi yang dimiliki oleh para pemain muda sekali gus membuka peluang barisan kejurulatihan futsal negara menilai pemain bagi menghadapi Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 di Thailand, Disember ini,” ujarnya.

Saingan Kumpulan A pula menyaksikan pertemuan antara Thailand, Vietnam dan juga Brunei.