Zaquan Adha: Ini Satu Kelebihan Buat JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak melihat profil permainan berbeza Bergson da Silva dan Jairo da Silva memberi kelebihan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pandangan itu dibuat beliau apabila mengulas 22 gol yang dijaringkan JDT dalam lima aksi sebelumnya dalam semua kejohanan.

Meskipun memiliki profil permainan berbeza, Bergson dan Jairo kini berkongsi penjaring terbanyak Liga Super dengan 10 gol setakat ini.

Bekas penyerang Hajduk Split itu turut menutup mulut pengkritik dengan meledakkan hatrik ketika menentang Terengganu FC baru-baru ini.

Zaquan percaya prestasi baik yang ditunjukkan kedua-dua penyerang ini merupakan satu kelebihan Harimau Selatan.

“Bagi saya, setiap pemain ada cara mereka bermain. Jairo dengan gaya permainannya, Bergson juga begitu.

“Ini satu kelebihan buat JDT. Hasilnya seperti yang kita tengok, kedua-dua pemain boleh menjaringkan gol,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

JDT kini selesa menerajui takhta liga dengan 27 mata. Harimau Selatan kini mengalihkan fokus kepada aksi ACLE menentang Shanghai Shenhua pada 5 November ini.