Andik Vermansyah Puji Liga Malaysia
MakanBola
Selangor FC

Bekas pemain sayap Selangor, Andik Vermansyah memuji kualiti yang dimiliki Liga Malaysia (Liga M) dari segi pengaturan jadual perlawanan.

Ini kerana pada hematnya, jadual Liga M bukan saja lebih teratur daripada saingan liga Indonesia. Malah, jadual perlawanan juga jarang ditunda.

Pandangan pemain sayap berusia 33 tahun itu dibuat berdasarkan pengalamannya beraksi di Malaysia dan Indonesia. Pandangan Andik dikongsikan laman Facebook, Ngobrolin Ball.

“Andik Vermansyah menilai Liga Malaysia memiliki sistem yang lebih profesional dibandingkan dengan Liga Indonesia.

“Beliau menyebut pertandingan di Malaysia lebih terjamin, dengan jadual yang jarang ditunda dan pengelolaan yang lebih tertib,” kata laman tersebut.

Andik beraksi bersama Selangor dari 2014 hingga 2017. Beliau kemudiannya beraksi selama semusim bersama Kedah (kini Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 2018.

Bekas bintang Persebaya itu kini mewakili pasukan Garudayaksa dalam saingan Championship (divisyen dua Indonesia).