‘Siapa Pula Tu?’ Sesi Latihan JDT Di ACLE Curi Tumpuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan menjelang sepak mula aksi keempat AFC Champions League Elite (ACLE).

Skuad kendalian Xisco Munoz menampilkan saingan kompetitif di Asia selepas merekodkan satu kemenangan, satu seri dan hanya tewas sekali dalam tiga aksi awal.

Ujian keempat skuad Harimau Selatan hadir di Stadium Sultan Ibrahim – gelanggang keramat JDT apabila baka melayan tentangan kelab China, Shanghai Shenhua.

Persiapan JDT menjelang perlawanan tersebut dihiasi dengan watak baharu pada sesi latihan terakhir.

“Siapa pulak tu?” ujar hantaran JDTFC.

Menerusi perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, pemain bertubuh sasa yang berada dalam sesi latihan tersebut ialah pemain JDT II, Jean Franco Casquete Granja.

Tonggak berusia 21 tahun berasal dari Colombia itu menjadi sandaran utama skuad muda Harimau Selatan pada kancah Liga A1 Semi Pro 2025-26.

Beliau dilihat turut menyertai sesi latihan terakhir dan berlatih bersama-sama pemain seperti Bergson, Arif Aiman, Nacho Mendes, Afiq Fazail, Nazmi Faiz, Manuel Hidalgo dan juga Oscar Arribas.

JDT memiliki rekod baik bertemu Shanghai Shenhua, merakamkan kemenangan mudah 3-0 di gelanggang sama pada 1 Oktober 2024.