Faisal Halim Redakan Penyokong Di Luar Stadium MBPJ
MakanBola
SFC/AA

Kapten Selangor FC, Faisal Halim menenangkan kemarahan penyokong di luar Stadium MBPJ selepas aksi ACL2 menentang Persib Bandung.

Penyokong Selangor meluahkan rasa tidak puas hati apabila pasukan itu tewas 3-2 di tangan Pangeran Biru. Dua gol Adam Alis membantu Persib kembali menerajui Kumpulan G.

Selepas perlawanan, ada penyokong yang cuba masuk ke padang dan menzahirkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan Selangor. Video insiden tersebut dikongsikan MakanBola.

Ramai penyokong diketuai Ultras Selangor memilih untuk keluar dan membuat protes di luar Stadium MBPJ.

Susulan itu, Faisal keluar dan bertemu dengan para penyokong di luar stadium untuk mendengar luahan mereka. Video tersebut dikongsikan Astro Arena.

Kumpulan tersebut menggesa pengurusan Selangor mengadakan sesi perjumpaan dengan para penyokong. Ini kerana pada hemat mereka, pengurusan Merah Kuning perlu bertanggungjawab dan menzahirkan apa perancangan sebenar pasukan itu.

Faisal tidak beraksi dalam perlawanan itu kerana mengalami sedikit kecederaan. Meskipun begitu, beliau tetap hadir untuk memberi sokongan kepada Selangor untuk aksi berkenaan.