Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski telah menanggil tiga pemain luar negara ke kem latihan pusat, November ini.
Pasukan kebangsaan bakal menempuh aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang Nepal.
Harimau Malaya mengharungi kempen cemerlang selepas merekodkan kemenangan bersih 100 peratus dalam empat perlawanan awal untuk menduduki tangga teratas kumpulan.
Menerusi satu pengumuman oleh Malaysia NT, Harimau Malaya telah memanggil seramai 27 pemain ke kem latihan pusat yang bermula pada Isnin, 10 November 2025 di Kuala Lumpur.
Jurulatih kelahiran Australia ini telah mengekalkan 27 pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat, Oktober lalu selain membawa dua tonggak baharu iaitu Matthew Davies dan Ryan Lambert.
Tumpuan bagaimanapun terarah kepada tiga pemain luar negara yang terus mendapat kepercayaan untuk berada dalam skuad kebangsaan kali ini.
Tonggak Cerezo Osaka di Jepun, Dion Cools terus menjadi sandaran utama pasukan dengan Cklamovski turut memanggil Endrick Dos Santos (Ho Chi Minh City) dan Sergio Aguero (Kanchanaburi Power).
Malaysia bakal berdepan tentangan pasukan ke-180 dunia, Nepal pada 18 November 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.