Pemain warisan negara, Wan Kuzain Wan Kamal berjaya memerangkap kira-kira 10 pemain di USA.
Perlawanan ke-27 di MLS Next Pro 2025-26 yang juga merupakan aksi play-off menyaksikan St Louis City mencatatkan kemenangan mudah 3-0 ke atas pasukan tangga 14, Ventura Country.
Skuad kendalian John Hackworth berterima kasih kepada aksi menakjubkan anak Malaysia, Wan Kuzain selaku perancang utama pasukannya.
Beraksi selaku pemain tengah menyerang, kreativiti pemain berusia 27 tahun ini cukup terserlah selepas hanya memerlukan tiga minit untuk mencipta impak.
Semuanya bermula apabila hantaran sepakan percumanya begitu tepat sebelum mengelirukan 10 pemain lawan yang berada dalam kawasan sendiri.
Hantaran persis lagenda Jerman, Mesut Ozil itu melepasi kawalan pemain Ventura Country sebelum ditanduk oleh rakan sepasukan.
Hasilnya, bola itu terkena kepada pemain lawan iaitu Max Middleby yang memberikan jaringan pertama buat St Louis City 2.
Pasukan handalan itu kini memimpin carta saingan MLS Next Pro selepas 28 perlawanan dengan 62 mata – 4 mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua, Philadelphia Union.
Kuzain tersenarai buat kali kedua dalam Senarai Bersedia skuad Harimau Malaya bagi aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027, November ini.