Brazil meraih kemenangan besar ke atas Indonesia dalam aksi kedua peringkat kumpulan H Piala Dunia B-17.
Satu lagi kekalahan direkodkan oleh Indonesia dalam aksi di pentas Piala Dunia B-17 setelah tumpas kepada Zambia 1-3 sebelum ini dan kini tumbang 0-4 di tangan jaguh dunia iaitu Brazil.
Putu Panji kekal memakai lilitan kapten untuk Indonesia B-17 dan mengetuai barisan pemain di benteng pertahanan selain Zahaby Gholy yang memulakan aksi dari bangku simpanan.
Seawal minit ke-3, gawang Indonesia bolos hasil gol pemain pertahanan, Luis Guedes untuk meletakkan skuad Brazil B-17 di depan selepas melakukan percubaan dari dalam kotak penalti.
Brazil cemerlang menambah jaringan setengah jam selepas itu hasil kesilapan ketua pasukan Indonesia B-17, Putu Panji yang tanpa sengaja tertampan bola ke pintu gawang sendiri.
Malang terus menimpan skuad Garuda Muda ini ketika mana tonggak tengah Brazil, Felipe Morais menyudahkan lorongan cantik Kayke Ayrton selang 6 minit kemudian untuk selesa di depan 3-0.
Ruan Pablo melengkapkan kemenangan besar untuk Brazil dengan jaringan ke-4 pada minit ke-75 selepas percubaan jarak jauh oleh pemain kelab Bahia ini terus menerjah jaring Indonesia.
Aksi berakhir dengan kemenangan 4-0 memihak Brazil B-17.