Live: Kuching City vs JDT, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala FA
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Kuching City vs JDT di peringkat separuh akhir Piala FA menjadi tumpuan ramai minggu ini.

Saingan Piala FA musim ini sudah pun memasuki peringkat separuh akhir dengan fokus peminat pastinya tertumpu ke Sarawak membabitkan aksi Kuching City vs JDT di Stadium Negeri.

Kuching City kendalian Aidil Sharin bakal turun beraksi buat kali pertama dalam sejarah kelab di peringkat separuh akhir Piala FA ini selepas berhasil mengatasi Terengganu di suku akhir sebelum ini.

Manakala, JDT selaku juara bertahan pula terbang ke Bumi Kenyalang membawa misi untuk mencari bekalan selesa di tempat lawan sebelum kembali ke Johor ketika aksi timbal balik nanti.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super pada 24 Ogos lalu Stadium Negeri, Kuching yang menyaksikan Jairo Da Silva mencetak gol kemenangan buat Harimau Selatan.

Kesebelasan Utama Kuching City vs JDT

Info Siaran Langsung Kuching City vs JDT

Tarikh: 9 November 2025 (Ahad)
Masa: 7.30 malam.
Venue: Stadium Negeri, Kuching.
Siaran Langsung: TV Okey & Sukan RTM

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.