EPL: Man City ‘Hantar’ Liverpool Kembali Ke Lembah Kekalahan
MakanBola
Premier League

Man City memberikan kekalahan besar buat Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Kemenangan 3-0 Man City ke atas Liverpool ini menyaksikan The Cityzens meneruskan rentak cemerlang ketika mana The Reds pula kembali kecundang meskipun sebelum ini berhasil kalahkan Real Madrid.

Arne Slot lebih memilih Hugo Ekitike berbanding Alexander Isak bagi memimpin jentera serangan Liverpool sementara Man City menaruh harapan buat gandingan Erling Haaland dan Jeremy Doku.

Seawal minit ke-13, Man City miliki peluang untuk membuka tirai jaringan apabila dihadiahkan tendangan penalti selepas Jeremy Doku dijatuhkan oleh penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili.

Erling Haaland diberikan peranan penting untuk mengambil sepakan itu namun malangnya, tendangan tonggak Norway tersebut berjaya ditepis Mamardashvili dan kedudukan 0-0 masih kekal.

Kekecewaan Erling Haaland ditebus akhirnya pada minit ke-29 apabila penyerang berusia 25 tahun itu menanduk cantik hantaran silang oleh Mathues Nunes untuk Man City berada di hadapan 1-0.

Sebelum babak pertama berakhir, Nico Gonzalez menambah kelebihan untuk tuan rumah dengan jaringan kedua menerusi rembatan jarak jauh yang terbias mengenai pemain Liverpool sebelum menerjah jaring.

Gawang Liverpool dibolosi sekali lagi di minit ke-63 menerusi Jeremy Doku yang menerima hantaran daripada Nico O’Reilly berjaya menceriakan penyokong City yang berada di stadium dan di rumah.

Aksi di Stadium Etihad berakhir dengan kemenangan 3-0 memihak Man City