Peter Cklamovski Ada 3 Misi Besar Bertemu Nepal
MakanBola
Malaysia NT

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski memiliki 3 misi penting ketika perlawanan Nepal vs Malaysia nanti.

Skuad kebangsaan mula melapor diri pada Isnin di Bukit Jalil sebagai persiapan menghadapi Nepal dalam perlawanan ke-5 pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 minggu hadapan.

Seramai 27 orang pemain telah mendapat panggilan Harimau Malaya untuk aksi penting kali ini dengan nama-nama seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Dion Cools serta Paulo Josue masih jadi taruhan.

Menurut Peter Cklamovski, para pemain dan pasukan ketika ini mahu mempamerkan aksi yang menarik selain bertenaga di atas padang tanpa mengira cabaran sukar yang dihadapi oleh lawan.

”Kami mahu bermain bola sepak yang boleh buat seluruh negara berbangga dengan para pemain dan pasukan ini.”

“Dengan semangat dan mentaliti itu setiap hari, kami percaya persekitaran yang kami bina ini adalah langkah terbaik untuk menghadapi perlawanan sukar yang ingin kami menangi.”

Tambah beliau lagi, aksi bertemu Nepal ini amat penting bagi memastikan pasukan kebangsaan terus meraih 3 mata, kekal di tangga teratas kumpulan, mengakhiri tahun 2025 dengan kemenangan tanpa sebarang kekalahan.

Matlamat kami jelas iaitu raih 3 mata, tamatkan musim 2025 dengan cara yang sempurna serta banggakan semua pihak,” jelas Peter Cklamovski ketika ditemui pada Isnin.

“Kekal di puncak liga dan tanpa kalah,” tambah beliau lagi.

Aksi Nepal vs Malaysia akan berlangsung pada 18 November hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 9 malam waktu tempatan.