Kemasukan pemain bintang Malaysia, Dion Cools terus mengubah cerita kelabnya, Cerezo Osaka di Jepun.
Pemain berusia 28 tahun itu terus mengukuhkan tempat bersama pasukannya sejak berpindah dari kelab Thailand, Buriram United pada awal musim 2025-26.
Tonggak kelahiran Sarawak ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi berkelas dunia ketika membantu Cerezo Osaka
Masuk selaku pemain gantian pada minit ke-78, bekas pemain Club Brugge di Belgium ini mempamerkan aksi bertenaga selaku pertahanan kanan pasukan kendalian Arthur Papas.
Beliau menjadi watak penting untuk jaringan keempat pasukan – semuanya bermula menerusi satu serangan balas pantas hasil kesilapan lawan.
Cools melakukan larian pantas sebelum berjaya memperdaya pertahanan Shimizu S-Pulse sebelum membuat satu hantaran lintang ke dalam kotak penalti.
Peluang itu tenang disempurnakan penyerang Cerezo Osaka, Kengo Furuyama pada masa kecederaan yang juga merupakan jaringan keempat pasukan pada perlawanan tersebut.
Statistik J-League musim ini menyaksikan Cools merekodkan satu jaringan dan satu bantuan jaringan selepas 12 aksi di Jepun selain mencatatkan purata 6.98 mata setiap perlawanan berdasarkan statistik oleh laman Sofascore.
Kualiti pemain warisan Malaysia ini jelas menguntungkan pasukan kebangsaan sejak melakukan debut pada tahun 2021.
Pengalaman luas dalam kancah bola sepan Eropah memberi impak besar kepada persembahan Coola di Jepun dengan hanya memerlukan beberapa minggu untuk terus menembusi kesebelasan utama.
Beliau turut tersenarai dalam 27 pemain Harimau Malaya pada kem November ini menentang Nepal pada 18 November 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.