Seorang ejen dari Jepun telah membuka peluang buat pemain dari serata Asia beraksi di Malaysia.
Malaysia kini menjadi tumpuan pemain import untuk beraksi pada liga yang lebih kompetitif tatkala terdapat pasukan yang beraksi di Asia.
Peluang ini turut mendapat perhatian ejen bola sepak di Jepun yang mempromosikan peluang untuk pemain beraksi di Liga Malaysia.
Menerusi satu hantaran di laman X, ejen yang dikenali sebagai Kazuki Okada merupakan seorang ejen bertauliah FIFA yang menguruskan hal perpindahan pemain di serata Asia.
Beliau mendakwa terdapat peluang untuk beraksi di Malaysia dan mencari pertahanan tengah dengan ciri fizikal yang gagah.
“Posisi pertahanan tengah, terhad kepada pemain Asia. Mencari seseorang dengan fizikal yang kuat.
Pemain tersebut juga ditawarkan gaji sekitar 780,000 Yen (RM21,000) selain mendakwa terdapat peluang persekitaran yang baik di Malaysia.
“Di Malaysia, terdapat banyak peluang untuk berpindah ke kelab lebih besar dengan tawaran gaji lebih baik.
“Ini membuka peluang lebih besar untuk membina reputasi di Asia,” ujar laporannya di X.