Afiq Fazail Sambut Cahaya Mata Baharu
MakanBola
Malaysia NT

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Afiq Fazail menyambut kehadiran cahaya mata baharu.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Afiq Fazail menerusi satu hantaran di Instastory pada awal pagi Selasa yang memapar bayi beliau yang baru lahir dengan pangkal nama A dan F.

”Assalamualaikum baby AF. Alhamdulillah,” tulis Afiq Fazail.

Instastory Afiq Fazail Afiq Fazail Sambut Cahaya Mata Baharu
Instagram: Afiq Fazail

Kehadiran cahaya mata ke-3 ini juga adalah sebab mengapa Afiq tidak mendapat panggilan kebangsaan bagi perlawanan menentang Nepal minggu hadapan seperti mana dinyatakan oleh Peter Cklamovski pada Isnin.

“Romel cedera, Afiq Fazail mempunyai urusan keluarga,” ujar Peter Cklamovski bagi menjawab ketiadaan dua bintang JDT itu.