Richard Chin Kembali Ke Padang Lebih Awal
MakanBola
Raith Rovers FC

Kelibat Richard Chin kembali ke padang lebih awal mencuri perhatian penyokong Raith Rovers.

Ini selepas pengurusan memuat naik gambar terbaru graduan akademi Charlton Athletic itu menjalani latihan ringan baru-baru ini.

“Richard mengharungi proses pemulihan. Perkara yang anda suka untuk lihat,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Seorang penyokong bernama Angus Mackinnon menyifatkan berita ini memberi suntikan semangat kepada barisan pemain pasukan itu.

“Semoga cepat pulih, anak muda. Kelibat anda cukup dirindui (di atas padang),” katanya di ruang komen Facebook.

Seorang lagi penyokong bernama George Fidoe turut senada dengan Mackinnon. Dia merasakan The Rovers merindui kelincahan dan kepantasan Richard di atas padang.

“Bagus! Kelibatnya cukup dirindui (pasukan dan penyokong),” ujarnya.

Terdahulu, Richard terpaksa berehat selama tiga bulan. Ini selepas beliau mengalami kecederaan lutut ketika menentang Arbroath.

Ketiadaan Richard dalam skuad utama memberi kesan kepada prestasi Raith Rovers. Isu ini juga mengakibatkan jurulatih sebelumnya, Barry Robson dipecat pengurusan The Rovers.

Kini, jawatan jurulatih interim digalas Paul Hanlon. Kehadiran semula Richard dijangka memberi kelegaan kepada Hanlon untuk menstabilkan semula prestasi Raith Rovers,