Harimau Malaya melakukan rombakan dalam senarai 27 pemain menjelang perlawanan menentang Nepal.
Skuad kendalian Peter Cklamovski dalam momentum cemerlang selepas tidak tewas dalam sebarang perlawanan pada 2025.
Situasi ini termasuk dua kemenangan ke atas pasukan ke-185 dunia, Laos bagi aksi ketiga dan keempat Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia menanti cabaran pasukan ke-180 dunia, Nepal dengan beberapa perubahan dilakukan bagi mempersiapkan pasukan terbaik ke Bukit Jalil.
Jurulatih kelahiran Australia itu telah membuka peluang kepada pemain muda negara seperti pertahanan Terengganu, Ubaidullah Shamsul dan Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC) bersama pasukan.
Bukan itu sahaja, beliau juga telah memanggil penyerang muda Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsuddin bagi menggantikan Jordan Mintah bersama pasukan.
Posisi penjaga gol menyaksikan persaingan sengit antara Ahmad Syihan Hazmi, Sikh Izhan Nazrel dan juga pemain Kuching City FC, Haziq Nadzli.
Pertahanan negara pula menampilkan nama-nama seperti Azam Azmi, Corbin-Ong, Daniel Ting, Declan Lambert, Dion Cools dan Dominic Tan.
Beberapa pemain lain turut berada dalam pasukan iaitu Harith Haiqal, Junior Eldstal, Matthew Davies, Quentin Cheng dan Ubaidullah Shamsul.
Pemain tengah negara bakal dikemudi oleh Endrick Dos Santos, Nazmi Faiz, Nooa Laine, Ryan Lambert, Sergio Aguero dan Stuart Wilkin.
Lima pemain yang bakal mengetuai jentera serangan negara ialah Aliff Izwan, Arif Aiman, Faisal Halim, Luqman Hakim, Paulo Josue, Ramadhan Saifullah dan Safawi Rasid.
Aksi Malaysia vs Nepal dijadual berlangsung pada Selasa, 18 November 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.