Malaysia berpotensi untuk memperbaiki kedudukan semasa selain menambah pungutan mata FIFA jika menewaskan Nepal.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang menduduki tangga teratas Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 selepas Hari Perlawanan 4 dengan kemenangan bersih 100 peratus – mengumpul 12 mata.
Kedudukan ini membolehkan pasukan kebangsaan berada pada laluan terbaik untuk menempah tiket ke pentas Piala Asia 2027 dengan tiga mata meninggalkan lawan terdekat, Vietnam (9 mata).
Berbaki dua perlawanan, Malaysia berpeluang untuk meraih tambahan +6.88 mata bakal jadi milik Malaysia sekali gus mengumpul 1168.41 mata secara keseluruhan.
Pasukan kebangsaan juga berpeluang untuk melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-116 selain bakal memintas dua buah negara iaitu The Gambia dan Namibia.
Kedua-dua negara ini berada pada kedudukan paling hampir dengan ranking skuad kebangsaan.
Malaysia memerlukan satu lagi kemenangan pada aksi terakhir menentang Vietnam pada Mac 2026 untuk mara ke pentas Piala Asia 2027.
Aksi Malaysia menentang Nepal dijadual pada Selasa, 18 November 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.