Malaysia berpeluang untuk membuka lembaran baharu tatkala bakal berdepan Nepal, Selasa ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang mengharungi empat aksi awal Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan rekod kemenangan 100 peratus.
Aksi kelima menyaksikan Harimau Malaya bakal menentang pasukan ke-180 dunia, Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil bakal menjadi detik penting buat pasukan kebangsaan.
Mata tambahan sebesar +6.88 menanti skuad Harimau Malaya sekiranya menang ke atas Nepal sekali gus mengekalkan rekod bersih pada peringkat kumpulan selain mengumpul 1168.41 mata.
Namun begitu, Harimau Malaya turut berisiko untuk kehilangan -18.12 mata sekiranya mengalami kekalahan mengejut selain berpeluang kehilangan -5.62 mata jika meraih keputusan seri.
Nepal kini dalam momentum kurang baik selepas terikat di tangan Bangladesh pada aksi persahabatan pada 13 November 2025 dengan keputusan 2-2.
Sebagai rekod, Nepal tewas tiga dan seri dua dalam lima perlawanan terakhir sementara Malaysia cemerlang tanpa tewas pada tahun 2025.
Pasukan kebangsaan juga menang pada pertemuan terdahulu ke atas Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Mac 2025 dengan keputusan 2-0.
Aksi Malaysia menentang Nepal dijadual pada Selasa, 18 November 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.