Senarai 15 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Nepal vs Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan 15 lokasi tayangan skrin besar untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Nepal dan Malaysia.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan tujuan membantu rakyat Malaysia terutama di luar bandar mendapatkan akses menonton aksi membabitkan kontinjen negara.

Inisiatif ini turut dilaksanakan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Laos pada Oktober lalu.

Lokasi-lokasi terpilih untuk tayangan skrin besar kali ini ialah Dataran Putrajaya, Presint 3 (Putrajaya), Dataran MPKj @ Stadium Kajang (Selangor), Dataran Mahkota TMIYC, Pasir Gudang (Johor) dan Dataran Lenggong, Lenggong (Perak).

Selain itu, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi dan IKTBN Chembong (Negeri Sembilan), Parkir Stadium, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Melaka) dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar (Kedah) turut terpilih.

KBS turut memilih Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban (Pulau Pinang), Dataran Sena, Kangar (Perlis), Aras Bawah, Kompleks Bunga Raya Sentral, Kuala Terengganu (Terengganu) dan Dewan Semai Bakti, Felda Panching Selatan, Kuantan (Pahang).

Dataran IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa (Kelantan), Dewan Terbuka Apin-Apin, Keningau (Sabah), Perkarangan Aiman Mall, Kota Samarahan (Sarawak) dan Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan melengkapkan senarai lokasi yang dipilih.

Malaysia berharap dapat mengulangi kejayaan menewaskan Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 18 November.