3 pemaim Harimau Malaya ini mendapat penilaian yang tinggi selain Faisal Halim ketika Malaysia menumbangkan Nepal 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Selasa lalu.
Aksi ke-5 Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan pasukan Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Nepal dan kekal di tangga teratas kumpulan F.
Di sebalik kemenangan hasil jaringan Faisal Halim ini, 3 lagi pemain Harimau Malaya turut mencatatkan penilaian terbaik menurut laman terkemuka, Sofascore.
1- Dion Cools
Secara keseluruhan, Dion Cools menerima penilaian terbaik pada perlawanan ini dengan rating 9.1 selepas pamer aksi cemerlang di bahagian pertahanan selain turut membantu serangan.
Bek kanan Cerezo Osaka ini berjaya membuat 4 percubaan ke gawang Nepal dengan dua daripadanya tepat ke sasaran dan melengkapkan 83% hantaran tepat sepanjang 90 minit aksi.
2- Safawi Rasid
Nama Safawi Rasid juga mendapat rating yang tinggi pada pertemuan ini iaitu sebanyak 7.8 setelah berjaya melakukan satu bantuan jaringan buat Faisal Halim untuk mencetak gol kemenangan.
Statistik lain juga menyaksikan pemain KL City ini mempamer persembahan yang hebat dengan satu percubaan tepat dan 100% hantaran jauh yang menepati sasaran kepada rakan-sepasukan.
3- Harith Haikal
Di sebalik kekebalan benteng Harimau Malaya, ada kelibat Harith Haikal yang berusaha keras membentuk gandingan ampuh bersama pemain lain untuk menerima penilaian 7.7 kali ini.
Walaupun masih muda, bek Selangor FC ini tampak tenang dan matang mengawal situasi dengan 10 recoveries dicatat selain memenangi 100% pertembungan bola di udara tanpa melakukan kekasaran.
Kemenangan 1-0 ini meletakkan Malaysia di tangga teratas kumpulan F dengan berbaki satu lagi aksi iaitu menentang Vietnam dalam perlawanan terakhir pada bulan Mac 2026 bagi penentuan tiket ke Piala Asia.