Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan mahu pemain-pemain beliau berwaspada ancaman dua bintang Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super minggu ke-10 Terengganu menentang The Jangs.
Badrul Afzan mahu anak-anak buah beliau kekal fokus hadapi kelab Negeri Sembilan tersebut kerana ingin mengekalkan kedudukan liga yang menyaksikan skuad Peteh berada di tempat ke-4 Liga Super setakat ini meskipun kehilangan dua pemain utama.
“Tekanan setiap perlawanan itu sentiasa ada untuk kami, tidak kira lawan apa pun tambahan pula sekarang saya dah hilang Mabella dan terbaharu, Safwan.”
Tambah Badrul Afzan, pasukan The Jangs mempunyai dua pemain berkualiti dan tajam untuk mengucar-kacirkan pertahanan Terengganu.
“Untuk Negeri Sembilan, saya tahu beberapa pemain mereka yang cukup bahaya seperti Alex (Agyarkwa) dan juga Jovan (Motika), jadi sudah tentu kita kena bersedia dengan perancangan lebih baik”, katanya ketika di temubual oleh MFL.
Negeri Sembilan bakal menerima kunjungan pasukan Terengganu bagi aksi minggu ke-10 Liga Super musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.