AFC ‘Hukum’ JDT RM20,000
MakanBola
Johor Southern Tigers

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengenakan denda sebanyak AS$5,000 (RM20,000) ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT).

Denda tersebut dijatuhkan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC menerusi keputusan yang diputuskan pada 19 November lalu.

JDT dikenakan denda tersebut selepas didapati gagal menyediakan stadium bersih buat lawan mereka dari Jepun, Machida Zelvia untuk sesi latihan.

Hal ini berlaku sebelum aksi membabitkan kedua-dua pasukan itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 30 September lalu.

Susulan itu, JDT diarah membayar denda sebanyak AS$5,000 (RM20,000) dan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari keputusan jawatankuasa diumumkan.

JDT bukan satu-satunya entiti Malaysia yang dikenakan hukuman oleh AFC. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Selangor FC turut berdepan nasib sama.

FAM dan Selangor masing-masing didenda AS$1,875 (RM7,700) dan AS$1,250 (RM5,200) kerana Harimau Malaya dan Selangor lewat masuk ke padang pada separuh masa kedua.

Kesalahan kedua-dua pasukan itu masing-masing dikesan dalam aksi menentang Laos dan Persib Bandung pada Oktober lalu.