Selangor & FAM Didenda Akibat Kesalahan Sama
MakanBola
SFC/FAM

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan denda buat pasukan Selangor dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas kesalahan yang sama dilakukan.

Hukuman buat kedua-duanya ini diumumkan menerusi satu kenyataan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC akibat kelewatan Selangor dan Malaysia memulakan aksi di babak kedua.

Selangor didakwa menjadi punca kelewatan permulaan babak kedua selama 1 minit 20 saat ketika perlawanan menentang Persib Bandung pada 23 Oktober yang lalu.

Sementara, aksi Laos vs Malaysia pada 14 Oktober lalu turut merekodkan kelewatan hampir 3 minit oleh pasukan Harimau Malaya bagi memulakan separuh masa kedua, seperti mana dicatatkan oleh AFC.

“Wakil Pasukan Tertuduh telah menyebabkan kelewatan permulaan separuh masa kedua perlawanan selama dua (2) minit dan tiga puluh (30) saat,” lapor jawatankuasa itu merujuk kesalahan pasukan Malaysia.

“Kesalahan ini merupakan pelanggaran di bawah Artikel 2.2 dalam Manual Operasi Pertandingan AFC.”

Oleh yang demikian, Selangor dan FAM masing-masing telah pun dikenakan denda sebanyak USD1,250 (RM5,192) dan USD1,875 (RM7,788) kerana melanggar artikel dan kesalahan yang sama.

Denda tersebut hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Keputusan ini dimaklumkan selaras dengan Artikel 11.3 Kod Tatatertib dan Etika AFC.

Selain Selangor dan FAM, Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC ini juga mengenakan denda sebanyak RM20 ribu kepada JDT kerana gagal menyediakan stadium bersih buat Machida Zelvia untuk sesi latihan