Tonton aksi New Zealand vs Malaysia dalam saingan Piala Sultan Azlan Shah 2025.
Kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat hoki iaitu Piala Sultan Azlan Shah bakal kembali di Ipoh dengan aksi pembukaan antara New Zealand vs Malaysia akan jadi tumpuan.
The Speedy Tigers bakal berdepan New Zealand pada Ahad membawa misi membuka kempen dengan kemenangan dan juga menebus kekalahan aksi penentuan tempat ke-3 pada edisi lalu
Ketika itu, Malaysia terpaksa akur tumpas 2-3 kepada New Zealand sekaligus menamatkan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024 di tempat ke-4 sementara Black Sticks meraih kedudukan ke-3.
Jurulatih The Speedy Tigers, Sarjit Singh menyenaraikan 20 pemain terbaik bagi membawa cabaran Malaysia pada edisi kali ini dengan dua muka baharu dijangka tampil melakukan debut.
Kesebelasan Utama New Zealand vs Malaysia
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia
Tarikh: 23 November 2025 (Ahad).
Masa: 6.30 petang.
Venue: Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
Siaran Langsung: Astro Arena.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.