Malaysia kini menguasai tangga teratas kumpulan C selepas berjaya membelasah Kepulauan Mariana Utara pada Sabtu.
Perlawanan pertama Kelayakan Piala Asia B-17 menyaksikan Malaysia turun menentang Kepulauan Mariana Utara dengan skuad kendalian Javier Ribera ini berjaya meraih kemenangan 13-0.
Hatrik pantas oleh Iman Danish dan Arfan Haziq membantu Malaysia B-16 untuk memudahkan perjalanan ke Asia selain 6 lagi pemain muda negara yang turut melakar nama selaku penjaring.
Kemenangan bergaya 13-0 ini meletakkan Malaysia B-16 di tangga teratas kumpulan C dengan 3 mata, berkongsi mata bersama Vietnam dan juga Hong Kong yang masing-masing turut menang.
Walau bagaimanapun, kelebihan jaringan memihak pasukan muda negara dengan 13 gol tatkala Vietnam menang 6-0 ke atas Singapura dan Hong Kong hanya mengatasi Macau 2-0.
Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia akan bertemu Hong Kong sementara Kepulauan Mariana Utara bakal berdepan tuan rumah pusingan kelayakan, Vietnam.
Satu lagi perlawanan kumpulan C ini bakal menemukan Singapura dan Macau dengan ketiga-tiga aksi ini bakal berlangsung pada Isnin, 24 November ini di Vietnam YTFC.