Tonton aksi Bangkok United vs Selangor dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2).
Saingan ACL2 minggu ke-5 menyaksikan pertemuan antara Bangkok United vs Selangor bakal menjadi tumpuan khusus kepada para penyokong bola sepak tempatan untuk melihat aksi wakil negara.
Selangor terbang ke Thailand membawa hasrat bagi meraih kemenangan sulung meskipun sudah tersingkir dari saingan ACL2 setelah tewas dalam kesemua 4 perlawanan sebelum ini.
Manakala Bangkok United pula mahu memburu sekurang-kurangnya satu mata untuk mengesahkan slot di pusingan kalah mati selepas mengutip 9 mata dalam 4 aksi kumpulan G.
Walaupun kemenangan tidak memberikan sebarang makna buat Selangor untuk mara, namun pengiraan mata AFC MA Ranking perlu diambil kira bagi memastikan Malaysia kekal di tempat terbaik.
Kesebelasan Utama Bangkok United vs Selangor
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Bangkok United vs Selangor
Tarikh: 26 November 2025 (Rabu)
Masa: 8.15 malam waktu Malaysia.
Venue: Stadium BG True, Pathum Thani, Thailand.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.