ACLE: “Bola Sepak Adalah Tentang Jaringkan Gol” – Bergson
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Reaksi Bergson da Silva selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) tewas 2-0 kepada pasukan Melbourne City dalam aksi ke-5 saingan Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026.

Bergson tampil garang dalam aksi ketika menentang Melbourne City apabila berjaya melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah wakil dari Australia tersebut namun gagal menerjah jaring.

Beliau turut mencatatkan tahap rating sebanyak 6.7 bagi aksi tersebut meskipun tidak berjaya menjaringkan gol pada perlawanan ke-6 saingan Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026.

Menurut Bergson da Silva, bola sepak adalah perlawanan yang perlu menjaringkan gol bagi memastikan meraih kemenangan.

“Bola sepak adalah gol. Bola sepak ialah perlawanan menjaringkan gol. Pasukan mana tidak meledak jaringan ia kalah.”

Tambah beliau, menyarung jersi JDT adalah tugas yang besar kerana kelab ini mempunyai karakter tidak kalah dalam mana-mana perlawanan.

“Kami bermain untuk logo ini. Logo ini sangat besar. Satu kesilapan dan kalah ialah bukan karakter pasukan ini,” kata Bergson da Silva dalam temubual Astro Arena selepas aksi bertemu Melbourne City.

Bergson da Silva dan JDT bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026 dengan bertemu Shanghai Port pada 9 Disember ini di Stadium Sultan Ibrahim.