Selangor berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Bangkok United dengan keputusan 1-1 dalam aksi ke-5 saingan Liga Juara-Juara Asia 2 2025-2026 di halaman lawan pada Rabu.
Bangkok Angels menurunkan Patiwat Khammai di posisi penjaga gol dan Muhsen Al-Ghassani mengemudi jentera serangan pasukan tersebut.
Seterusnya, The Red Giants membariskan Kalamullah Al Hafiz di benteng terakhir dan Picha Autra arkitek di bahagian tengah manakala Willian Lira sebagai ayam tambatan pada aksi ini.
Bangkok United memulakan aksi dengan garang apabila melakukan beberapa serangan awal ke arah kubu Selangor menerusi penyerang berbisa pasukan tersebut, Muhsen Al-Ghassani.
Selangor dilihat berjaya mengawal tekanan yang diberikan oleh pasukan tuan rumah, Bangkok United meskipun ditekan hebat ooleh beberapa pemain utama kelab tersebut.
Bangkok Angels dilihat menguasai penuh perlawanan di separuh masa pertama dengan melakukan lambakan percubaan berbahaya namun ketangkasan penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz harus diberi pujian.
Memasuki minit ke 35′ kedudukan masih terikat tanpa jaringan meskipun Bangkok United memberikan tekanan hebat kepada pasukan Selangor.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua aksi, kedua-dua pasukan tampak meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pembukaan perlawanan.
Bangkok United berjaya membuka akaun jaringan pada minit ke 51′ menerusi Phumichantuk selepas rembatan kencang Muhsen Al-Ghassani tidak ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor, Kalamullah Al Hafiz.
Selangor dilihat tertekan dengan jaringan tersebut dilihat melancarkan beberapa serangan balas ke arah gawang pasukan Bangkok United namun ketangkasan Patiwat Khammai harus diberi pujian.
Bangkok United yang menguasai hampir keseluruhan perlawanan berjaya mengawal kesemua tekanan yang diberikan oleh pasukan pelawat pada 15 minit terakhir aksi.
Selangor terus menerus buntu untuk mencari gol penyamaan meskipun melakukan beberapa pertukaran di bahagian hadapan.
Selangor berjaya memecahkan kebuntuan jaringan pada masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penyerang berbisa kelab tersebut, Chrigor Moraes sekaligus memastikan meraih mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini.
Aksi tamat dengan keputusan terikat 1-1 bagi kedua-dua pasukan dalam aksi minggu ke-5 saingan ACL 2 musim 2025-2026.