Kemboja Kini Ada 8 Pemain Naturalisasi
MakanBola
FF Cambodia

Kemboja kini memiliki lapan pemain naturalisasi untuk mewakili pasukan itu di peringkat antarabangsa.

SEAsia Goal melaporkan pemain tengah Uzbekistan, Alisher Mirzaev sebagai pemain terbaru memperkukuh cabaran Angkor Warriors.

Ini selepas pemain tengah berusia 29 tahun itu melengkapkan tempoh lima tahun seperti yang ditetapkan undang-undang Kemboja.

Alisher menyertai Yudai Ogawa, Hikaru Mizuno, Privat Mbarga, Faeez Khan (Kan Mo), Takaki Ose, Andres Nieto dan Abdel Kader Coulibaly sebagai tonggak naturalisasi Kemboja.

Hampir kesemua pemain sudah merekodkan penampilan bersama Kemboja di peringkat antarabangsa kecuali Mbarga.

Mbarga yang juga abang kepada pemain sayap Kelantan Red Warriors FC (KRW FC), Emmanuel Mbarga belum mendapat kelulusan daripada FIFA untuk beraksi.

Ini kerana isu dokumentasi membabitkan bekas penyerang Bali United itu masih belum selesai. Justeru, isu ini harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum Mbarga dapat mewakili Kemboja.