Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk mengekalkan rekod bersih pada kempen Kelayakan Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Peter Cklamovski beraksi cemerlang apabila merekodkan kemenangan bersih 100 peratus selepas lima aksi Kumpulan F, termasuklah kemenangan 1-0 ke atas nepal pada 18 November lalu.
Malaysia kini meninggalkan pasukan tangga kedua, Vietnam dengan tiga mata sambil memperbaiki kedudukan ranking FIFA – naik dua tangga ke kedudukan 116 dunia dengan 1168.41.
Harimau Malaya memiliki peluang terakhir untuk merekodkan kemenangan bersih apabila bakal bertemu Vietnam pada Mac 2026 di gelanggang lawan.
Pertemuan awal pada 10 Jun 2025 menyaksikan pasukan kebangsaan mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas jaguh Asia Tenggara itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Malaysia kini terpisah hanya enam tangga dengan Bintang Pahlawan Emas yang menduduki tangga ke-110 dunia dengan jurang perbezaan 21 mata.
Berdasarkan rekod semasa, Harimau Malaya masih belum mencatatkan sebarang kekalahan pada tahun 2025 sementara Vietnam tidak kurang hebatnya apabila tewas sekali dalam lima aksi terakhir.