Bangkok United merupakan antara 10 kelab terawal mara ke pusingan kalah mati ACL2 musim 2025-2026.
Wakil dari Thailand, Bangkok United berada di kumpulan G bersama-sama kelab Selangor (Malaysia), Persib Bandung (Indonesia) dan Lion City Sailors (Singapura) bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 musim ini.
Setakat ini, pasukan julukan Bangkok Angels tersebut mencatatkan 3 kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan dalam 5 aksi pertama saingan ACL2.
Bangkok United memulakan aksi dalam kempen ini dengan menumpaskan Selangor dengan keputusan 2-4 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebelum tunduk kepada wakil Indonesia, Persib Bandung 0-2 dalam aksi ke-2.
Selepas itu, Bangkok Angels meneruskan aksi dalam saingan ACL2 dengan menewaskan Lion City Sailors pada 23 Oktober lepas dengan keputusan 1-0 di halaman sendiri dan sekali lagi membenam cabaran wakil Singapura tersebut di perlawanan timbal balik 1-2 di tempat lawan.
Bangkok United mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati ACL2 selepas meraih satu mata ketika menentang Selangor dalam aksi ke-5 ACL2 pada Rabu.
Setakat ini, Bangkok Angels berada di posisi kedua dibelakang pasukan Persib Bandung yang dijadualkan akan bertemu satu sama lain dalam aksi terakhir peringkat kumpulan G manakala Selangor bakal menerima kunjungan Lion City Sailors bagi melengkapkan jadual perlawanan.
Antara kelab yang telah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati ACL2 musim ini ialah Macarthur (Australia), Cong An Ha noi (Vietnam), Gamba Osaka (Jepun), Bangkok United (Thailand), Tampines Rovers (Singapura) dan Pohang Steelers (Korea Selatan) untuk zon timur.
Selepas itu, kelab-kelab zon barat yang telah mara adalah Al Nassr (Arab Saudi), Al Wasl (UAE), Al Hussein (Jordan) dan Sepahan SC (Iran).