Sukan SEA: Kemas Kini Jadual & Venue Aksi Malaysia B-23
MakanBola
Malaysia NT

FAM mengumumkan kemas kini terbaru jadual dan lokasi aksi Malaysia B-23 dalam Kumpulan B Sukan SEA 2025.

Ini selepas Persekutuan Sukan SEA mengesahkan semua acara sukan yang dipertandingkan di Songkhla akan diadakan di Bangkok.

Keputusan itu diambil susulan banjir yang melanda wilayah selatan Thailand termasuk Songkhla baru-baru ini. Bencana alam itu turut menyebabkan beberapa venue tidak boleh digunakan untuk temasya berkenaan.

Ini termasuk Stadium Tinsulanon, Songkhla yang seharusnya menjadi lokasi perlawanan Kumpulan B.

Keputusan ini menyaksikan semua perlawanan Kumpulan B akan diadakan di Stadium Rajamangala. Selain kemas kini lokasi venue, tarikh perlawanan juga diubah.

Malaysia B-23 akan menentang Laos pada 6 Disember dan bukan tarikh asal, 7 Disember. Satu lagi aksi menentang Vietnam pula kekal diadakan pada 11 Disember.