JDT Ke-11 Asia, Cerezo Osaka & Dion Cools ‘Kejar’ Cepat
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan ke-11 di Asia sambil kelab Jepun, Cerezo Osaka mengekori rapat.

Pasukan bimbingan Xisco Munoz terlepas peluang untuk meraih 3 mata apabila tewas kepada kelab Australia, Melbourne City dengan keputusan 2-0 pada aksi kelima kempen AFC Champions League Elite (ACLE).

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun masih berada dalam kelompok kelab elit di Asia apabila menduduki tangga ke-11 dengan 77.6 mata (ke-248 di dunia) berdasarkan kemas kini laman Opta Analyst.

Kedudukan ini menyaksikan Cerezo Osaka, kelab yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengekori rapat di tangga ke-16 di Asia.

Cerezo Osaka kini menduduki tangga ke-10 J-League 2025-26 dengan merekodkan kemenangan bersih 100 peratus dalam tiga aksi terakhir musim ini. 

JDT kekal menjadi satu-satunya kelab yang berada dalam kelompok 20 kelab terbaik dari Asia Tenggara dengan jaguh Thailand, Buriram United menduduki tangga ke-35 di Asia.

JDT bakal melayan kunjungan kelab China, Shanghai Port pada aksi berikutnya, 9 Disember 2025 jam 8.15 malam dalam misi memburu kemenangan ketiga di ACLE.