Live: JDT vs Kuching City, Kesebelasan Utama & Siaran TV Separuh Akhir Piala FA
MakanBola
Syafiq Freman

Aksi JDT vs Kuching City dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA bakal menjadi tumpuan ramai.

Pertembungan dua pasukan tumpuan ini sekali lagi menjadi bualan selepas perlawanan timbal balik pertama di Sarawak beberapa minggu lalu berlangsung sengit sebelum memihak JDT.

Kini, aksi JDT vs Kuching City bakal menjadi penentu tiket ke final Piala FA bakal menjadi milik siapa tatkala skuad Harimau Selatan memiliki kelebihan dari segi agregat selepas menang 2-1 sebelum ini.

Dua gol Bergson di Stadium Negeri pada 9 November lalu memberi kelebihan buat JDT namun Kuching City sempat membawa bekalan satu gol untuk memastikan perjuangan masih terbuka.

Satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan Selangor vs Sabah di Stadium MBPJ dengan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 dalam perlawanan timbal balik pertama di Likas.

Kesebelasan Utama JDT vs Kuching City

Info Siaran Langsung JDT vs Kuching City

Tarikh: 30 November 2025 (Ahad)
Masa: 8.15 malam.
Venue: Stadium Sultan Ibrahim.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.