Jurulatih Vietnam Minta Berhati-Hati Dengan Malaysia B-16
MakanBola
Vietnam FF

Jurulatih Vietnam B-17, Cristiano Roland mahu anak buahnya berhati-hati menjelang aksi terakhir Kumpulan C menentang Malaysia.

Selepas mengharungi empat perlawanan, kedua-dua pasukan memiliki 12 mata. Vietnam mendahului kumpulan kerana memiliki kelebihan jaringan berbanding anak buah Javier Jorda Ribera.

Malaysia perlu menang dalam aksi hari ini jika ingin layak ke Piala Asia B-17 buat kali ketujuh. Atas sebab itu, Roland mahu Vietnam berada pada tahap terbaik jika mereka mahu meraih kemenangan.

“Seperti perlawalan lain, pasukan perlu bersedia dan mengkaji pihak lawan dengan teliti. Staf kejurulatihan akan menyediakan maklumat terperindi untuk membantu pemain memahami pihak lawan.

“Aksi ini ibarat final. Saya mahu membuat persiapan terbaik buat anak buah saya. Vietnam B-17 akan menghadapi perlawanan ini pada tahap terbaik dan berdisiplin,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Malaysia akan berdepan Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium PVF pada 8.00 malam waktu Malaysia.