Pemain tengah Malaysia, Kobe Chong sah tidak lagi bersama kelabnya, Worcester City.
Ini selepas pengurusan Worcester City mengumumkan pemain tengah berusia 24 tahun itu telah meninggalkan kelab tersebut.
“Kami mengesahkan Kobe Chong telah meninggalkan kelab. Beliau menyertai kami pada September dan meninggalkan kelab dengan harapan yang terbaik.
“Terima kasih atas usaha anda bila menyarung jersi City, Kobe dan selamat berjaya pada masa akan datang,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Perkara ini turut disahkan Kobe menerusi satu kenyataan di X. Bekas pemain Peterborough United itu menghargai tempohnya bersama Worcester City.
“Saya nikmati masa saya bersama Worcester City. Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua orang di kelab untuk baki musim ini,” katanya.
Kobe pernah mewakili Cagliari, West Brom, AFC Telford, Alvechurch, St. Ives City, Barwell, Nuneaton, Kettering Town, King’s Lynn, Banbury dan Redditch.